Isnin, 28 Januari 2019

5 Kepentingan Insurans Perubatan Yang Sering di Pandang RIngan

Soal kesihatan harus dipandang serius masyarakat hari ini. Oleh itu keperluan dan kepentingan insurans perubatan dilihat semakin mendesak orang ramai untuk memilikinya Dengan pembiayaan dan bil hospital yang semakin meningkat, insurans perubatan dilihat menjadi pelengkap kepada kehidupan kita.

Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak percaya akan insurans perubatan. Golongan ini menganggap ia hanya penipuan, pembaziran, dan scam yang akhirnya akan menjerat duit poket.


Oleh itu, kami terpanggil untuk menerangkan kepada anda akan kepentingan dan fungsi insurans perubatan.

Apa itu insurans perubatan?


Insurans perubatan bakal memberikan perlindungan kos rawatan atau kemalangan yang tidak terduga. Dalam erti kata lain anda perlu membayar sejumlah wang setiap bulan atau tahunan untuk polisi yang anda ambil.

Jika berlaku kemalangan atau anda ditimpa sakit yang memerlukan rawatan di hospital, kos rawatan akan dibiayai oleh syarikat insurans.

[Baca] Panduan Memilih Medical Card Terbaik

Kos yang ditanggung oleh takaful perubatan meliputi kos rawatan pembedahan, penginapan hospital, rundingan pakar, elaun hospital, ubat-ubatan dan sebagainya.

5 Kepentingan Insurans Perubatan


1. Kos perubatan yang semakin meningkat


Kos sara hidup semakin meningkat. Kalau anda ke klinik swasta, pembiayaan rawatan paling busuk pun mencecah RM50. Cuba bayangkan jika anda ditimpa kemalangan atau sakit kronik.



Anda sudah tidak ada pilihan lain selain menggunakan wang simpanan untuk membayar kos rawatan. Ini sekaligus menjejaskan kewangan masa hadapan. Golongan B40 akan menanggung beban yang berat.

2. Tempoh menunggu hospital kerajaan


Rawatan hospital kerajaan sentiasa berada ditahap yang terbaik. Akan tetapi kita tidak dapat menolak dakwaan yang servis hospital kerajaan agak perlahan kerana terpaksa menampung jumlah pesakit yang tinggi.


Tempoh menunggu agak lama dan mereka akan mengutamakan pesakit kritikal dahulu. Keluhan ini tidak pernah berkesudahan. Inilah realitinya.

Biarpun harga rawatan yang murah atau percuma buat penjawat awam, mahukah anda menunggu lama?

3. Kemalangan dan sakit yang tak di sangka-sangka


Didiagnos dengan penyakit kronik, ditimpa kemalangan jalan raya, dua perkara yang paling kita takuti. Tetapi ia datang tanpa diduga.

Sebaiknya kita mempersiapkan diri dengan insurans perubatan supaya kita tidak perlu berdepan kos rawatan. Ini adalah antara kebaikan menyertai takaful.


Wang simpanan adalah untuk kegunaan seharian dan masa hadapan keluarga.

4.Hubungan kekeluargan yang lemah


Kita sudah dapat melihatnya pada hari ini di mana anak-anak sudah tidak mampu untuk menjaga ibu bapa yang sedang uzur. Anak-anak yang kini mempunyai tanggungan, jarang dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada ibu bapa.

Ibu bapa yang uzur dan tidak lagi mempunyai pendapatan, amat memerlukan sejumlah wang untuk menampung kos rawatan hospital.

5. Jangka hayat semakin meningkat


Memang benar kita sering berdoa agar dipanjangkan usia. Tetapi usia yang meningkat membuatkan kesihatan semakin merosot. Usia lanjut sekitar 70 tahun ke atas membuatkan tuan empunya badan senang ditimpa sakit.


Di sinilah pentingnya insurans perubatan supaya anda dapat menampung perbelanjaan kelak.

Perlukah beli takaful?


Kami tidak mengatakan yang anda wajib beli takaful. Tetapi tidak salah sekiranya anda mengeluarkan sedikit wang poket setiap bulan sebagai persediaan untuk menghadapi hari-hari sukar.

Kalau anda beli kereta, anda tahu akan kepentingan insurans kenderaan. Apakah kesannya jika berlaku kemalangan. Sama jugalah dengan insurans kesihatan dan nyawa. Terutama jika ia melibatkan orang tersayang.

Ramai yang fikir akan keburukan insurans. Hanya kerana segelintir agen palsu, janganlah pula anda menuding jari terhadap semua agen dan syarikat.

Sekarang ni tak susah nak beli medical card. Cuma dengar dengan teliti akan apa yang agen terangkan. Pilih polisi yang sesuai dengan bajet dan keperluan.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai

Tiada ulasan