Jumaat, 14 Disember 2018

8 Panduan Memilih Medical Card Terbaik

8 Panduan Untuk Memilih Medical Card Terbaik | Sebelum ini memang tidak pernah fikir untuk mendapatkan perlindungan perubatan atau 'medical card'. Mungkin lebih selesa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tetapi bila difikir-fikirkan balik, kemalangan datang tanpa diduga.

Jika anda merupakan penjawat awam, sudah pasti anda mendapat keistimewaan. Bagi pekerja syarikat swasta pula, sesetengah company menanggung kos rawatan rawatan anda.



Namun bagaimanapula dengan isteri/suami dan anak-anak?

Dengan kos perbelajaan yang makin meningkat, keperluan untuk mendapatkan medical card semakin mendesak. Ia dapat meringankan beban bil sekiranya anda ditimpa kemalangan.

Jadi, medical card manakah terbaik di Malaysia? Yang mana patut anda ambil?

Sebenarnya tiada istilah medical card terbaik, ia bergantung kepada keperluan dan bajet individu. Ini kerana jika anda mengambil takaful yang cover all-in, harganya memang mahal.

Malah, mana-mana ejen takaful akan mengatakan syarikat merekalah yang terbaik dan nombor satu di Malaysia. Mahu atau tidak, anda sendiri perlu membuat kajian menyeluruh untuk memilih medical card terbaik dan murah untuk anda dan seisi keluarga.

Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu supaya tidak tertipu atau berlaku salah faham di masa akan datang.

8 Panduan Memilih Medical Card Terbaik


1. Perlindungan tahunan atau seumur hidup


Terdapat DUA jenis perlindungan yang perlu anda tahu. Iaitu perlindungan tahunan dan seumur hidup. Jika ejen takaful anda mengatakan anda mempunyai perlindungan sebanyak RM1 juta, pastikan dahulu sama ada seumur hidup atau tahunan.

Jika anda merupakan pesakit kronik seperti kanser, rawatan hospital boleh mencecah puluhan ribu malah boleh mencecah ratusan ribu setahun.


Memilih had tahunan sebanyak RM100,000 tidak mencukupi. Dan akhirnya anda perlu menggunakan wang simpanan untuk membayar kos perubatan.

Biasanya ejen takaful akan menyebut jumlah yang besar untuk membuatkan anda teruja. Nombor nombor besar itu biasanya perlindungan seumur hidup. Jalan selamat adalah memilih perlindungan tahunan yang agak besar seperti RM165,00 setahun. Bayar lebih sikit asalkan ia bertahan dan tidak perlu topup dengan duit simpanan.

2.Guaranteed renewable


Ini bermaksud anda berhak memperbaharui medical card setiap tahun walaupun ada telah melakukan claim. Tidak kiralah jika anda pernah claim banyak sekalipun.

Medical card jenis 'guaranteed renewal' mengelakkan anda dikenakan caj berlebihan dan ditamatkan kontrak oleh syarikat insurans.

3. Medical card rider atau stand alone?


Apakah perbezaan stand alone dan rider ini? Jom baca penerangan di bawah.


Stand alone: Bermaksud kad perubatan di mana pakej hanya melibatkan faedah hospital sahaja tanpa pelan sampingan. Kelebihan stand alone ini sudah tentulah harganya lebih murah kerana anda tidak akan mendapat faedah tambahan.

Rider: Bermaksud kad perubatan yang termasuk dengan kemudahan lain seperti Investment Link serta faedah kewangan kepada keluarga jika ditakdirkan meninggal dunia. Itulah antara salah satu sebab kenapa anda perlu mencari medical card keluarga terbaik. Perlu diingat yang rider lebih mahal dari stand alone.

Kelebihan Rider:
  • Mempunyai nilai tunai
  • Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan waiver
  • Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai.

Pemilihan antara stand alone atau rider bergantung kepada keperluan anda. Jika anda berkemampuan dan inginkan perlindungan lebih daripada kos hospital sahaja, pilihlah medical card rider.

4. Bil hospital dan wad


Penulis yakin jika berlaku kecelakaan yang memerlukan anda ditahan di wad, pastinya anda mahukan wad yang selesa. Itu juga salah satu tujuan buat medical card. Oleh itu perlulah pilih jenis wad dan hospital yang sesuai.

Jenis wad di sini bermaksud, setiap wad mempunyai harga berbeza. Contohnya wad single berharga RM260 semalam. Pakej medical card yang anda pilih itu tahan inflasi atau tidak?

Adakah dalam tempoh 5 tahun akan datang bilik tersebut kekal dengan harga RM260?

Perkara ini harus anda bincang dengan ejen insurans.

5.Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?


Ko-takaful adalah perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Kos dalam bentuk peratusan tertentu daripada kos rawatan perubatan akan dikongsi bersama antara kedua-dua pihak yang terlibat.

Contohnya, kos ko-takaful adalah 10% daripada jumlah rawatan.

Katakan kos hospital keseluruhannya berjumlah RM20,000, jadi mengikut perjanjian ko-takaful, anda perlu membayar 10% sahaja. Ini adalah untuk menyediakan satu bentuk jaminan risiko antara pemegang polisi dilindungi dan syarikat insurans.

6. Co-Payment


Waspada dengan co-payment. Ia bukan tidak bagus, tetapi pastikan ejen insurans menerangkan kepada akan perkara ini. Kerana sesetengah syarikat insurans akan mengenakan co-payment atau bayaran bersama.

Co-payment bermaksud pemegang polisi perlu membayar sebahagian daripada jumlah keseluruhan rawatan jika membuat upgrade bagi bilik hospital.

7. Cancelable & non-cancelable


Perkara ini juga amat penting untuk anda semak sebelum membayar atau menanda tangani kontrak. Teliti Portfolio Withdrawal Condition.

Ini bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation).

Atau...

Syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc).

8. Komplikasi kehamilan


Memang benar tidak ada medical card yang cover bersalin. Tetapi komplikasi kehamilan sering berlaku. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan juga jika anda memerlukan coverage untuk masalah ini.

Komplikasi kehamilan memerlukan rawatan segera untuk tidak membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Medical card terbaik untuk anak-anak


Banyak produk perlindungan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat. Tetapi tahun lalu syarikat AIA mengeluarkan produk  A-Life Joy-i (ALJi). Ia merupakan takaful yang complete dengan:

  • Perlindungan hayat - Waris akan mendapat wang pampasan sebanyak minimum RM20,000 sekiranya berlaku kematian terhadap anak anda. Kelebihan pelan ini juga menyediakan kenaikan pampasan (AutoGrowth) sebanyak 2 kali ganda apabila anak anda mencapai umur 18 tahun
  • Simpanan (educational plan) - Wang yang anda bayar setiap bulan akan dimasukkan ke tabung simpanan untuk kegunaan pendidikan anak anda kelak (A-Plus ScholarSaver-i). Apabila mereka berumur 18 tahun, secara automatic akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan. 
  • Add-on Rider Tambahan - Ia bermanfaat untuk penyakit kritikal, komplikasi bayi dalam kandungan, polisi percuma jika disahkan kritikal, hilang upaya, atau meninggal dunia.
  • Tiada kenaikkan premium - Tiada kenaikan premium sehingga umur anak anda berumur 65 tahun.

 

Medical card terbaik di Malaysia

  • Allianz Life Insurance
  • AIA
  • Great Eastern Life
  • Hong Leong Assurance
  • Prudential Assurance
  • Zurich Takaful

Medical card Prudential dilihat lebih popular. Ini kerana banyak perlindungan yang mereka tawarkan. Ia juga antara medical card murah 2018 iaitu pada kadar serendah RM100 sebulan sahaja.

Anda boleh rujuk pautan ini - https://www.prudential.com.my/en/our-services/medical-card-services/

  • Serendah RM 86.67 untuk dewasa kemudian nikmati diskaun 20% jika tiada tuntutanSerendah RM 56.88 untuk kanak-kanak kemudian nikmati diskaun 20% jika tiada tuntutan
  • Sebanyak 105 hospital di seluruh negara termasuk hospital PAKAR PUTERI,KPJ,COLUMBIA ASIA,KEMPAS MEDICAL di JOHOR BAHRU
  • Kadar bilik RM 250.00 sehari ( Single Room di Hospital KPJ )
  • Tiada had rawatan kanser & dialisis buah pinggang
  • Tiada had seumur hidup ( UNLIMITED COVERAGE )
  • Tiada had rawatan pesakit luar kes kemalangan
  • Rawatan untuk penyakit dan kemalangan termasuk penyakit kritikal tahap awal (CARCINOMA IN SITU )
  • Pembaharuan di jamin sehingga umur 80 tahun
  • Khairat kematian sebanyak RM 5000

Saya bukanlah ejen takaful yang berniat untuk menjual mana-mana produk insurans. Sekadar ingin berkongsi maklumat yang perlu anda tahu untuk memilih medical card terbaik di Malaysia. Sekali lagi saya tekankan, tiada yang terbaik tetapi ia lebih bergantung kepada keperluan anda.

This Is The Oldest Page
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai

Tiada ulasan