Ahad, 10 Mac 2019

Medical Card Keluarga Terbaik

Medical Card Keluarga Terbaik dan Murah | Selepas berkahwin tanggungjawab ketua keluarga adalah memastikan keperluan isteri dan anak-anak mencukupi. Selain keperluan asas, soal keselamatan dan perubatan perlu diutamakan.

Jalan terbaik adalah menyediakan kad perubatan atau medical card untuk keluarga. Risau juga sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau sakit. Adanya kad perubatan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dari segi kewangan.


Tetapi meandangkan kos sara hidup semakin tinggi, bil melambung, ansuran kereta, belanja sekolah dan lain-lain, memiliki medical card adalah keutamaan terakhir.

Oleh itu kami akan mencadangkan pakej insuran keluarga terbaik 2019 yang murah.

AIA Public Takaful - Medical Card Keluarga Terbaik


Kalau nak tahu, syarikat insuran AIA menyediakan banyak plan perubatan seperti untuk keluarga, individu, dan lain lain.

AIA A-Life Medik Famili


A-Life Medik Famili Salah satu plan menarik adalah pakej keluarga dengan harga serendah RM150 sebulan. Ia merupakan plan satu family. Jom lihat apa kebaikan plan ini.

  • Suami + isteri + 4 orang anak
  • 1 harga caruman
  • 1 kad untuk setiap ahli keluarga
  • 1 harga dan tidak berkongsi dengan ahli keluarga
  • Had tahunan RM150,000

Penjagaan dalam hospital
Dengan RM150 sebulan anda bakal menikmati tanggungan rawatan dalam dan luar hospital. Faedah yang dimiliki adalah:

  • Bilik hospital (sehinggan 150 hari setiap tahun)
  • Unit Rawatan Rapi ICU (sehingga 150 hari)
  • Yuran pembedahan
  • Yuran bilik pembedahan
  • Yuran pakar bius
  • Penjagaan hospital

Mengapa kami katakan AIA A-Life Medik Famili sebagai pelan takaful keluarga terbaik? Kerana harganya mampu milik. AIA aware dengan masalah kewangan yang dihadapi golongan pertengahan. terutamanya yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor.

Sebab mengapa anda perlu pilih A-Life Medik Famili sebagai medical card


Dapat menggunakan khidmat hospital swasta
Ya, rawatan hospital kerajaan memang terbaik. Tetapi tidak semua rawatan percuma. Malah, masa menunggu agak lama kerana hospital kerajan perlu menampung jumlah pesakit yang ramai. Dari segi keselesaan, hospital swasta lebih baik.

Kes kecemasan
Meringankan beban sekiranya berlaku kecemasan seperti demam denggi, demam panas, apendik, sakit jantung, kemalangan dan lain-lain. Dalam erti kata lain, sakit yang memerlukan anda bermalam di hospital.


Rawatan pesakit luar
Kebanyakan medical card tidak akan menanggung kos rawatan pesakit luar contohnya anda ke klinik biasa. Tetapi memandangkan A-Life Medik Famili adalah medical card terbaik 2019, mereka anda menanggung

Harga yang berpatutan
Banyak medical card terbaik di luar sana. Anda sendiri boleh semak dengan company lain. Tetapi dengan harga RM150 sebulan, susah nak cari seperti A-Life Medik Famili. Sudahlah anda tidak perlu berkongsi dengan ahli keluarga, pelan ini juga hingga RM150,000 setahun.


Terbaik untuk anak-anak 
Tahap kesihatan anak-anak memang sukar dijangka. Ada pula anak yang lasak dan kes patah tangan dan kaki sangat familiar di kalangan anak-anak kecil. Kadang kala demam panas juga memerlukan mereka dipantau di wad. Ketika inilah perlunya medical card.

[Baca] Medical Card Terbaik Untuk Anak

Banyak konsultan di hospital swasta
Kita sering mendengan rungutan rakan, "hospital A tidak menyediakan kaunter insurans". Nah, AIA merupakan syarikat tersohor dan anda boleh temui kaunter AIA di lobby hospital swasta. Lebih 80 panel hospital termasuk sekitar Lembah Klang boleh anda gunakan.

Perlukah membeli polisi medical card?


Percaya atau tidak, memang ada orang yang berasa rugi kerana membayar setiap bulan tetapi tak pernah guna atau claim insurans. Anda seharusnya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan tidak ditimpa kemalangan.

Tetapi musibah datang tanpa diduga. Demam sahaja memerlukan belanja lebih RM70 di klinik swasta. Inikan pula sekiranya kemalangan, sakit kronik dan lain lain. Itu belum kira kos ubat-ubatan.


Di sinilah perlunya anda kad perubatan. A-Life Medik Famili ini sudah termasuk antara medical card terbaik dan murah.

Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari medical card terbaik keluarga. Pelan perubatan ini sangat penting dalam memastikan orang-orang yang paling kita sayang terjamin sekiranya berlaku musibah.