Rabu, 13 Februari 2019

Medical Card Terbaik Untuk Anak

Medical Card Terbaik Untuk Anak | Anak-anak ialah permata hati. Melihat mereka tersenyum riang membahagiakan setiap ibu bapa. Namun kesihatan kanak-kanak terutamanya bayi sukar dijangka. sudah menjadi keperluan untuk para ibu bapa memberikan perlindungan untuk yang tersayang.

Antara salah satu puncanya anak-anak memang lasak. Main sampai tak ingat dunia. Kita pasti biasa dengar tentang anak patah tangan, kepala berjahit sebab terhantuk, terkena mercun, atau kes paling mudah blok Lego termasuk dalam telinga.


Kes yang tidak dapat dielakkan dan yang paling ditakuti para ibu bapa adalah sekiranya anak jatuh sakit.

Berbelanjaan harian mereka sudahlah tinggi, jika ditimpa sakit sudah tentulah anda harus berdepan dengan bil hospital dan lain-lain. Sebab itulah takaful untuk anak-anak sangat penting.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepentingan takaful serta medical card terbaik untuk anak-anak.

Kepentingan takaful untuk anak-anak

 

1. Sakit tanpa dijangka
Kanak-kanak terutamanya bayi mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Sistem imu mereka lemah dan masih dalam proses untuk membiasakan diri. Suhu, jangkitan kuman, organ, dan tahap kebersihan perlu di jagan dengan baik.


Mungkin di rumah kita yakin akan tahap keselamatan mereka. Tetapi bagaimana dengan persekitaran di tempat awam? Malah, kita pernah dengar tentang kemalangan yang berlaku di pusat asuhan.

2. Kos rawatan hospital
Tidak dinafikan kos rawatan hospital semakin meningkat. Setiap kali temujanji, rawatan, serta ubat-ubatan, memakan perbelanjaan yang tinggi. Ibu bapa akan lebih merasa bebanan sekiranya anak terpaksa dimasukkan ke wad.

Adanya medical card sedikit sebanyak meringankan beban. Kad perubatan ini akan menanggung kos rawatan anak-anak.

3. Rawatan hospital pakar sangat mahal
Kita semua tahu yang kos rawatan Panel Hospital Pakar sangat tinggi. Tetapi kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak.


Kenapa tidak ke hospital kerajaan sahaja?

Tempoh menunggu agak lama berikutan terlalu ramai pesakit. Mereka yang benar-benar serius akan didahulukan.

Di sinilah pentingnya memiliki medical card. Dengan adanya kad tersebut, anda boleh memilih untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan selesa.

4. Keselesaan di dalam hospital
Salah satu sebab utama mengapa ramai lebih memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta berbanding kerajaan adalah faktor keselesaan. Percaya atau tidak, keselesaan turut mempengaruhi kesembuhan seseorang.


Tidak perlu berkongsi bilik, katil yang selesa, berhawa dingin, serta makanan hospital yang menyelerakan. Bahkan parents yang menjaga anak di hospital juga berada dalam keadaan selesa. memilih medical card kaluarga terbaik menjamin keselesaan.

5. Tempoh menunggu kad perubatan
Untuk pengetahuan, temph menunggu kad perubatan adalah selama 120 hari dari hari polisi diaktifkan. Kenapa lama sangat? Ini adalah untuk mengelakkan penipuan seperti beli polisi dan terus guna.

Tidak adil untuk mereka yang bayar bertahun-tahun, tetapi tidak pernah menggunakannya.

Untuk itu, sebagai parents anda perlu mengambil langkah awal seperti mendapatkannya semasa bayi masih berada dalam kandungan ataupun baru lahir. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan.

Medical Card Terbaik Untuk Anak-Anak


Jika ditanya, yang mana satukah medical card terbaik dan murah untuk anak? Sebenarnya banyak produk kad perubatan di pasaran seperti AIA Takaful Medical Card dan Zurich Takaful.

AIA A-Life Joy-i


Plan ini lengkap dengan:

  • Medical Card
  • Perlindungan Hayat
  • Simpanan (Education Plan)
  • Add-on Rider Tambahan
  • Maintain Harga Premium Bulanan
  • Harga bulanan RM150 sahaja

Bukan itu sahaja, AIA turut menawarkan insurans terbaik untuk wanita menerusi A-Life Lady360-i


Medical Card Zurich Takaful



Pelan ini meliputi:
  • Serendah RM 56.88 untuk kanak-kanak kemudian nikmati diskaun 20% jika tiada tuntutan
  • Cover sebanyak 105 hospital di seluruh Malaysia
  • Menangguh kos bilik RM 250.00 sehari ( Single Room di Hospital KPJ )
  • Tiada had rawatan kanser & dialisis buah pinggang
  • Tiada had seumur hidup ( UNLIMITED COVERAGE )
  • Tiada had rawatan pesakit luar kes kemalangan
  • Rawatan untuk penyakit dan kemalangan termasuk penyakit kritikal tahap awal
  • Pembaharuan di jamin sehingga umur 80 tahun
  • Khairat kematian sebanyak RM 5000

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa kita harus membeli polisi medical card terbaik untuk anak-anak. Sakit atau kecelakaan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.